Ini bukan sekadar periuk biasa, ia adalah periuk emas!
Mesti korang selalu kan tengok dalam K-Drama, mi segera akan dimasak di dalam periuk warna emas. Jom baca perkongsian KimchiDaily tentang periuk ‘istimewa’ ini.
Sejarah periuk emas ramen
Periuk emas itu didakwa merupakan perjalanan ke masa lalu bagi ramai orang Korea. Periuk ini dikatakan sering digunakan dalam Perang Korea Selatan selepas kekurangan makanan dan ketika itu, mereka mempunyai jumlah periuk aluminium yang sangat banyak. Periuk aluminium ini biasanya disalut dengan salutan nikel-perak yang menjadikannya berwarna kuning keemasan.
Salah satu sebab terbaik untuk mendapatkan periuk Korea ini adalah, jika korang merupakan peminat mi segera dan suka tengok K-Drama. Nanti boleh la berangan makan mi segera macam dalam drama. Selain itu, periuk emas ini terdapat dalam pelbagai saiz dan ada salah satu antaranya sangat sesuai untuk satu hidangan mi segera.
Tambahan, periuk ini mempunyai ciri logam nipis yang boleh panas dengan cepat dan mudah. Jadi korang tidak perlu menunggu lama untuk tunggu air mendidih berbanding periuk lain yang mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk panas.
Oleh kerana saiznya sesuai untuk satu hidangan, ramai orang Korea tidak peduli dengan memindahkan mi ke dalam mangkuk dan mereka memilih untuk terus makan di dalam periuk tersebut. Hal ini telah menjimatkan masa dan mereka tidak perlu basuh banyak barang nanti! Tambahan, korang boleh jadikan penutup periuk sebagai pinggan untuk mi segera dan menjadikannya sebagai pelapik jika tak mahu kuah menitik ke atas meja.
Selain daripada masak mi segera, korang juga boleh gunakannya untuk pelbagai jenis hidangan berkuah. Periuk emas ini juga senang untuk dicuci dan boleh disimpan bertahun kerana kualitinya yang boleh bertahan lama.
Korang dah beli ke periuk emas ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.