Dek PKP, mesti semua terpaksa batalkan niat untuk berjalan ke Korea buat sementara ini. Rindu betul nak jamah makanan Korea dengan suasana seperti di sana. Tetapi semua orang terpaksa berpuas hati sahaja dengan kedai makanan Korea berdekatan.
Kalau feeling nak makan menggunakan barangan dapur ala Korea, apa kata anda cuba lawat sebuah kedai di Hartamas ini. Bahkan barangannya semua dihasilkan di Korea dan ditawarkan pada harga yang berpatutan. Memang berbaloi habis!
Sudu dan garfu
Daripada besi sehingga kayu, semuanya ada mengikut pilihan anda. Anda boleh memilih untuk beli secara satu per satu atau pun mendapatkannya dalam bentuk set sudu dan penyepit. RM6 sahaja!
Pelbagai jenis mangkuk
Teringin masak mi segera anda seperti cara orang Korea? Ataupun mahukan sup renehan anda kekal panas dengan lamanya? Kedai ini juga menjual mangkuk besi dan batu yang diimport daripada Korea sendiri. Malahan, mereka turut menjual bekas makanan yang tahan haba. Boleh bawa bekal seperti orang Korea!
Kelengkapan BBQ
Kepada semua peminat BBQ, ini adalah peluang anda untuk memiliki kelengkapan yang boleh dipasang sendiri. Tak kisahlah, pan pemanggang atau pun meja untuk memanggang, semuanya ada di kedai ini. Bolehlah anda buat BBQ ala Korea di rumah sendiri.
Periuk, kuali dan barangan lain
Kedai ini turut menawarkan pelbagai kelengkapan memasak untuk sup dan juga kuah anda. Semua jenis ada, tak payah risau!
Bukan sahaja kelengkapan dapur asli daripada Korea, malahan anda juga boleh mendapatkan pelbagai keperluan lain seperti syampu, sabun badan dan pencuci baju pun ada. Untuk memuaskan jiwa keanak-anakan anda, mereka juga menjual set alat tulis dan pelekat comel.
Sekiranya anda dah tak sabar nak tambah pelbagai koleksi kelengkapan dapur ala Korea, jangan lupa untuk lawat kedai ini sekarang!
Alamat: No.5, Plaza Prisma Ville, Jalan 26A/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur. (sebelah 99 Speedmart Desa Sri Hartamas)
Waktu beroperasi: (Setiap hari) 10AM -7PM ; Isnin minggu pertama dan ketiga tutup.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.