Min-hwan telah meluahkan perasaannya terhadap anak-anak selepas dia bercerai dengan isterinya, Yul-hee.
Dalam episod terkini “The Return Of Superman”, anak sulung kepada Min-hwan iaitu Jae-yul telah dilihat menangis sambil memegang gambar dirinya bersama ibunya, Yul-hee.
Selepas melihat situasi tersebut, Min-hwan telah meluahkan perasaannya selepas bercerai dengan isterinya pada Disember yang lalu.
Ahli F.T. Island itu berkata,
Sejujurnya ianya agak sukar buat saya, tapi selepas saya teringat dekat anak-anak, saya rasa kasihan dan risaukan mereka. Mereka perlu melalui semua ini meskipun ini bukan keputusan mereka.
Sebab itu juga saya sering ingatkan diri saya untuk sentiasa kuat demi anak-anak
Jaeyul 🙁 pic.twitter.com/XeJFbbqMTM
— radio247 (@radio2472) April 8, 2024
Tambahnya,
Saya tak pernah halang mereka untuk berjumpa dengan ibu mereka kerana saya sedar yang dia seseorang yang sangat penting.
Di tadika, kanak-kanak yang lain datang dengan pelbagai gaya rambut yang comel. Meskipun saya dah cuba yang terbaik untuk Ah-yoon dan Ah-rin, tapi saya tetap tak boleh gantikan kehadiran ibu mereka.
Sambungnya lagi,
Kembar mungkin tak faham konsep cerai, tapi Jae-yul faham. Saya juga mula perasan yang dia kelihatan sangat berbeza selepas kami bercerai. Sejujurnya ianya buat saya rasa kasihan dekat Jae-yul sebab saya kenal diri dia sebelum ini seperti mana.
Bukan senang kan anak-anak nak berjauhan dengan ibu mereka..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.