Ikuti Kami:

Selepas 3 Bulan Bercerai, Minhwan F.T. Island Papar Kehidupan Sebagai Bapa Tunggal Dalam ‘The Return Of Superman’

Selepas 3 Bulan Bercerai, Minhwan F.T. Island Papar Kehidupan Sebagai Bapa Tunggal Dalam ‘The Return Of Superman’

Choi Min-hwan telah menjadi ahli terbaru “The Return Of Superman”.

Pada 30 Mac, KBS telah memuat naik satu video baru di akaun YouTube rasmi mereka. Di mana, video itu menunjukkan kehidupan seharian Min-hwan F.T. Island bersama 3 orang anaknya.

Selepas beberapa bulan bercerai dengan isterinya, Choi Min-hwan telah membuat keputusan untuk menyertai”The Return Of Superman” bersama tiga anaknya, Jae-yul, Ah-yoon dan Ah-rin.

Dalam video yang dimuat naik, Min-hwan telah dilihat memperkenalkan ketiga-tiga anaknya. Katanya,

Jae-yul akan memulakan sekolah rendah tak lama lagi. Ah-yoon pula berkemungkinan besar akan menjadi selebriti manakala Ah-rin ialah ‘gadis ayah’ sejati.

minhwan-child

Sementara itu, Choi Min-hwan dan bekas isterinya, Yul-hee telah mengumumkan penceraian mereka pada Disember tahun lalu. Malah, mereka turut mendedahkan bahawa hak penjagaan ketiga-tiga anaknya telah diserahkan sepenuhnya kepada ahli F.T. ISLAND tersebut.

Comelnya anak-anak Min-hwan kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...