Semakin ramai yang berbual mengenai babak provokatif di dalam “A Killer Paradox”.

Drama Netflix ini membawa kisah seorang detektif yang mengejar seorang pembunuh yang membunuh pembunuh bersiri.
Walaupun popular kini namun segelintir penonton mengkritik adegan seksual dalam “A Killer Paradox” sebagai tidak diperlukan. Ulas pengarahnya, Lee Chang-hee,
Adegan seksual di awal cerita itu adalah titik untuk menceritakan moral Lee Tang. Saya berfikir bahawa babak itu memberikan perasaan kebebasan yang janggal dibandingkan dengan perlakuan jenayah dan melupakannya atau insiden membunuh dan terlepas dari hukuman.
Sambungnya,
Bagi pelakon pembantu, kami tidak menggunakan close-up. Sebahagian besar darinya dirakam menggunakan lens luas. Untuk babak rakaman babak seksual haram dalam episod ke-5 juga dirakam dari sudut yang janggal namun ia kelihatan agak erotik. Kami tiada niat lain ketika merakamnya.
Bagi yang belum menonton, korang boleh menyaksikan kesemua 8 episod “A Killer Paradox” di Netflix kini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.