Utama Drama Korea “Macam Tak Perlu Je..” – Penonton Terkejut Lihat Babak Ranjang Choi Wooshik...

“Macam Tak Perlu Je..” – Penonton Terkejut Lihat Babak Ranjang Choi Wooshik Dalam ‘A Killer Paradox’

choi wooshik

Ramai khabarnya yang dah marathon kesemua episod “A Killer Paradox” di Netflix sejak semalam?

Drama komedi hitam itu membawa kisah seorang pelajar kolej yang diburu detektif apabila dia tanpa sengaja membunuh seorang pembunuh bersiri.

Ada sebab drama ini diberikan had tontonan buat 19 tahun ke atas memandangkan sedari episod pertama sudah pun terdapat pelbagai babak provokatif seperti pembunuhan ngeri yang dipenuhi darah.

Namun babak yang lebih mengejutkan penonton ialah apabila watak Lee Tang lakonan Choi Woo-shik secara terangan melakukan hubungan seksual selepas rasa bersalah lelaki itu hilang apabila mendapat tahu individu yang tanpa sengaja dibunuhnya sebenarnya ialah seorang pembunuh bersiri.

choi wooshik

Walaupun pelakon lelaki tersebut lengkap berpakaian tetapi kelakuan wanita yang tidak berpakaian di atas bahagian bawah badannya nyata memberikan gambaran tersirat apa yang sedang dilakukan mereka.

Komen penonton,

Babak seks telanjang dalam episod 1 langsung tak perlu dimasukkan sebab tak berkaitan dengan plot pun.

 

Memang kena ke masukkan babak tak senonoh macam tu?

 

Terkejut lah tiba-tiba ada babak seks..

 

Untuk apa babak itu dimasukkan?

 

Rawak sangat lah babak tu..

Gitu je lah dorang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...