Ikuti Kami:

Kejar Pembunuh Bunuh Pembunuh Bersiri, Ini Sebab Perlu Tonton ‘A Killer Paradox’ Di Netflix Kini

Kejar Pembunuh Bunuh Pembunuh Bersiri, Ini Sebab Perlu Tonton ‘A Killer Paradox’ Di Netflix Kini

Kalau Netflix yang hasilkan, mesti sesebuah K-Drama thriller itu akan menjadi fenomena seluruh dunia!

Buat semua peminat genre jenayah dan thriller, “A Killer Paradox” membawa kisah seorang pelajar kolej yang diburu detektif selepas tanpa sengaja membunuh seorang pembunuh bersiri.

Menerusi sebuah temubual eksklusif bersama Choi Woo-shik, Son Suk-ku dan Lee Hee-joon, KimchiDaily berjaya merungkai lebih banyak persona menarik drama bersiri 8 episod ini.

Persona pelbagai rasa

Apabila ditanya apa yang mereka mahu penonton pelajari ketika menonton, Son Suk-ku berharap agar penonton berasa bahawa mereka melihat sesuatu yang ‘baharu’ apabila menonton “A Killer Paradox”. Tambah Choi Woo-shik,

Saya mahu mereka memahami frasa ‘siapalah kita untuk menghukum’, kenapa mereka membunuh. Terdapat watak sedemikian dalam siri ini, dan saya mahu semua memikirkan mengenai hal itu sepanjang menonton siri ini.

netflix a killer paradox

Kredit: Netflix

Lee Hee-joon pula mahu penonton mempelajari banyak perkara dalam siri ini kerana ia dipenuhi dengan genre seperti thriller, fantasi, komedi. Jadi, terdapat pelbagai rencah yang boleh dirasai ketika menontonnya.

Kepuasan penonton

Apa yang menarik perhatian peminat K-Drama, semestinya ialah plot yang ditampilkannya. Ulas Lee Hee-joon,

Banyak yang akan dipertontonkan, aksi hebat dan bagaimana sesi siasatan dipelopori Nan-gam. Selain itu, kehidupan seorang pelajar yang berubah menjadi pembunuh bersiri akan memberikan keterujaan buat semua. Semua rasa ini diikat seperti satu hamper hadiah.

Son Suk-ku turut meminta penonton memberikan perhatian buat muzik latar yang digunakan kerana ianya pasti akan membuatkan semua merasa lebih teruja.

netflix a killer paradox

Kredit: Netflix

Drama ‘trendy’

Diminta memilih satu perkataan terbaik bagi menggambarkan “A Killer Paradox”, jawab Choi Woo-shik tanpa teragak-agak,

Trendy.

Manakala Lee Hee-joon dan Son Suk-ku yang tertawa memikirkan perkataan yang sesuai menjawab ‘nasi’ dan ‘si pintar’.

netflix a killer paradox

Kredit: Netflix

Untuk semua, jangan lupa untuk menonton kesemua episod “A Killer Paradox” bermula hari ini di Netflix. Jangan terlepas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...