Ikuti Kami:

Rangkumi Pelbagai Aspek, Korea Selatan Bakal Buka Sekolah Menengah ‘K-Pop’ Tak Lama Lagi

Rangkumi Pelbagai Aspek, Korea Selatan Bakal Buka Sekolah Menengah ‘K-Pop’ Tak Lama Lagi

Sebuah bandar di Korea Selatan iaitu Busan merancang untuk menukar sekolah yang telah ditutup menjadi sekolah menengah khusus yang berpusat pada K-Pop.

Pejabat Pendidikan Bandaraya Metropolitan Busan telah mendedahkan pelancaran sebuah sekolah menengah khusus untuk mendidik pelajar tentang K-Pop dan mengasah kemahiran mereka dalam persembahan yang berkaitan.

Dijadualkan buka pada Mac 2028, sekolah ini bertujuan untuk meninjau pelajar, baik domestik dan antarabangsa serta menawarkan pelajaran komprehensif merangkumi vokal, tarian, instrumen, dan pelbagai seni yang lain.

Dalam masa yang sama, fokus utama sekolah ini adalah untuk menyediakan kursus-kursus yang sejajar dengan industri K-Pop yang sedang berkembang maju.

kpop school

Malah, ianya juga bakal memenuhi aspirasi pelajar yang bertujuan untuk berjaya di dalam bidang dinamik ini.

Inisiatif ini sekali gus telah mencerminkan tradisi industri tersebut, di mana ianya akan mengikuti sistem pelatih idola K-Pop yang ketat dan sistematik sama seperti sistem yang digunakan oleh syarikat hiburan utama.

Ala umur tak lepas nak masuk sekolah ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...