Ikuti Kami:

“Jadi Sekarang Saya Nak..” – BamBam Beri ‘Spoiler’ GOT7 Akan Lakukan Kemunculan Semula

“Jadi Sekarang Saya Nak..” – BamBam Beri ‘Spoiler’ GOT7 Akan Lakukan Kemunculan Semula

Raja ‘spoiler’ BamBam telah kembali dengan berita gembira buat Ahgase (kelab peminat GOT7).

Sebelum ini BamBam telah dikenali ramai dengan sifat nakalnya yang suka memberikan petanda mengenai kemunculan semula GOT7.

Malah, baru-baru ini juga BamBam telah menghantar satu hantaran di aplikasi X (Twitter) dan menyatakan bahawa dia ingin memberitahu sesuatu namun dia takut jika ketua kumpulan GOT7 iaitu Jay B mengetahuinya.

Katanya,

Jay B selalu minta saya untuk tak beri sebarang petunjuk…Jadi jangan beritahu dia sebab saya tak nak mati.

Walaupun telah diminta untuk tidak diberitahu kepada Jay B, peminat tetap meninggalkan komen dan menyeru ketua kumpulan tersebut sehingga dia menyedari akan hantaran yang dibuat BamBam.

Namun, mahupun telah diketahui oleh Jay B, BamBam tetap mendedahkan rahsia yang disimpan rapi olehnya. Katanya,

Kami akan buat kemunculan semua pada tahun 2025!

Sambung BamBam lagi,

Saya dah lakukannya, saya dah beritahu..Jadi sekarang saya nak pergi menyorok di Amerika.

Dalam masa yang sama, BamBam akan memulakan konsert jelajahnya di Amerika tak lama lagi.

Manakala, ketua kumpulan tersebut iaitu Jay B sedang menjalani perkhidmatan ketenteraannya di Korea.

Tak sabarnya nak tunggu kemunculan semual GOT7!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...