Ikuti Kami:

“Baik Diam Je” – Peminat Bengang, Park Jinyoung Luah Pendapat Selepas GOT7 Keluar JYP

“Baik Diam Je” – Peminat Bengang, Park Jinyoung Luah Pendapat Selepas GOT7 Keluar JYP

Apa jadi ni?

Baru-baru ini, pengasas JYP Entertainment iaitu Park Jin-young telah tampil sebagai tetamu di dalam rancangan YouTube “Bam’s House” milik Bambam GOT7.

BamBam yang pernah bernaung di syarikat itu selama 11 tahun telah bertanyakan banyak soalan kepada pengasas syarikat tersebut.

Salah satunya,

Bagi awak, GOT7 ni penyanyi yang macam mana?

jyp

Park Jin-young membalas,

Saya rasa GOT7 ialah artis yang tak tunjukkan kemampuan mereka dengan sepenuhnya. Kamu semua dah lakukan yang terbaik buat masa kini, tapi ianya masih kurang berbanding dengan apa yang kamu ada. Awak pun tahu yang GOT7 ada banyak kemahiran istimewa.

Walaupun dia hanya meluahkan pendapatnya, rata-rata peminat merasakan bahawa ianya tidak patut dikatakan oleh pengasas syarikat tersebut selepas apa yang mereka lakukan terhadap kumpulan itu.

Komen peminat,

GOT7 ada segalanya, tapi JYP yang selalu halang mereka.

 

Awak lupa ke? GOT7 tiada akaun rasmi di Spotify sampai tahun 2017 sebab JYP.

 

Macam mana nak cukup kalau JYP tak benarkan GOT7 buat lagu sendiri?

 

JYP yang tak pandai nak promosikan GOT7 dengan baik.

 

Awak bercakap macam bukan awak yang halang mereka buat itu ini.

 

Baik awak diam je.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...