Ikuti Kami:

Rangkul 2 Anugerah, Lee Junho Menangi Anugerah Daesang ‘Actor Of The Year’ Di AAA

Rangkul 2 Anugerah, Lee Junho Menangi Anugerah Daesang ‘Actor Of The Year’ Di AAA

Baru-baru ini, majlis anugerah ‘2022 Asia Artist Award’ telah diadakan di Dewan Nihongaishi di Nagoya, Jepun.

Majlis berprestij itu telah dihadiri ramai pelakon hebat seperti Lee Jae-wook, Lee Jun-ho, Kim Seon-ho, Han So-hee, Yu-ri dan juga kumpulan IVE, STRAY KIDS, NewJeans dan ramai lagi.

Menarik perhatian, dek penampilannya dalam drama “The Red Sleeve”, Lee Jun-ho telah berjaya membawa pulang anugerah utama ‘Actor of the Year’ dan Anugerah Hot Trend di ‘2022 Asia Artist Award’. Meluahkan rasa syukur kepada peminat yang setia menyokong, Lee Jun-ho memberikan ucapan,

Terima kasih atas cinta yang hebat yang diberikan kepada drama ‘The Red Sleeve’. Sebagai seorang pelakon dan seorang individu, saya mempunyai impian ingin berjumpa anda dengan pengaruh, lakonan dan tenaga yang baik.

Tambah pelakon itu lagi,

Saya akan menganggapnya sebagai anugerah yang mendorong saya untuk bekerja lebih keras pada masa hadapan dan menjadi Lee Jun-ho yang membalas budi dengan lakonan yang hebat.

Tahniah Lee Jun-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...