Ikuti Kami:

JYP Entertainment Buka Akaun Instagram Khas Buat Kerjaya Lee Junho

JYP Entertainment Buka Akaun Instagram Khas Buat Kerjaya Lee Junho

Siapa je kat sini yang tak minat dengan pelakon dan juga penyanyi Lee Jun-ho kan?

Baru-baru ini, JYP Entertainment sendiri membuka satu laman akaun Instagram rasmi buat Lee Jun-ho, untuk memuat naik sebarang berita atau ‘update’ secara lebih spesifik terhadap karier figura itu. Ianya juga adalah satu akaun yang lebih formal berbanding akaun peribadinya sendiri

Akaun Instagram berikut, (@post_leejunho) adalah gabungan nama bagi pelakon itu, “LeeJ” dan juga perkataan Inggeris, “POST”.

Setakat ini, sudah beberapa keping gambar Lee Jun-ho sudah pun dimuat naik dan ianya kini menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat. Tidak ketinggalan, ruangan komen akaun tersebut juga dipenuhi dengan ribuan komen daripada peminat dari serata dunia.

Untuk pengetahuan, Lee Jun-ho akan kembali dengan drama terbaru “King The Land” pada tahun hadapan bersama dengan Yoona Girls’ Generation.

Korang dah follow ke belum tu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...