Ikuti Kami:

“Rambut Saya Keras..” – Dituduh Sombong, Park Seojoon Perjelas Isu Tolak Pemberian Park Boyoung

“Rambut Saya Keras..” – Dituduh Sombong, Park Seojoon Perjelas Isu Tolak Pemberian Park Boyoung

Sukarnya menjadi selebriti Korea kerana segala tindak-tanduk pastinya menjadi perhatian semua.

Baru-baru ini, Park Seo-joon menerima kritikan ramai apabila dikatakan bersikap sombong dan menolak pemberian cekak rambut dengan karakter kartun yang dihulurkan oleh Park Bo-young semasa sedang menjalani acara promosi “Concrete Utopia”. Netizen mempersoalkan keikhlasan lelaki itu melayan peminat selain turut melahirkan rasa kesian pada Park Bo-young yang mungkin malu dengan penolakan tersebut.

Selepas laporan insiden itu menjadi artikel tertinggi di laman berita Korean, Park Seo-joon dilihat tampil menulis mengenai cerita disebaliknya. Katanya, dia membuat keputusan untuk menulis di laman peminat itu bagi menenangkan sesiapa yang mungkin terluka.

Jelasnya, dia tidak menerima cekak rambut itu kerana gaya rambutnya pada ketika itu keras dan tidak dapat diubah,

Sebenarnya, saya banyak berpeluh ketika acara menyapa. Sesetengah peminat menyukai saya menurunkan rambut dan ada yang suka ianya distailkan ke atas. Pada hari ini, saya menggayakan rambut ke atas supaya senang untuk mengelap peluh. Saya menyembur sedikit banyak gel rambut pada pagi dan membiarkan ia keras supaya tidak bergerak. Dengan gaya sebegitu, kulit kepala agak sakit jika saya meletakkan sebarang aksesori pada rambut.

Park Seo-joon juga turut menjelaskan perasaan Park Bo-young yang mungkin terasa,

Mungkin terdengar seperti alasan tapi saya selalunya tak menolak perbuatan memakai cekak rambut seperti itu. Hadiah itu adalah daripada peminat Park Bo-young dan saya merasakan individu itu mungkin terasa sekiranya saya memakai hadiah yang sepatutnya buat Park Bo-young. Saya rasa terdapat salah faham.

Ulasnya, Park Bo-young juga ada meminta maaf mengenai insiden berkenaan selepas ianya tular. Malah dia hanya meminta wanita tersebut supaya tidak berasa bersalah supaya mereka dapat meneruskan acara promosi seterusnya dengan baik bersama.

Dalam pada itu, pelakon tersebut turut meminta maaf jika ada peminat yang terasa dengan layanan yang tidak seberapa darinya seperti tidak membuat ‘tangan hati’ di pipi dan banyak lagi. Pintanya agar peminat sentiasa baik-baik sahaja dan menyatakan rasa cinta buat mereka.

Harap terungkai lah salah faham ini..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...