Tak semena-mena, nama Park Seo-joon menjadi bualan ramai pada hari ini dek satu kejadian di acara promosi tayangan “Concrete Utopia”.
Semasa salah satu acara promosi, pelakon lelaki itu telah dikritik kerana dikatakan ‘kekwat’ dalam melayan peminat.
Disebabkan Park Seo-joon dan Park Bo-young memainkan watak pasangan suami isteri di dalam filem ini, peminat telah menyediakan cekak rambut dengan karakter Nick dan Judy dari filem “Zootopia”.
Selepas menerima cekak rambut ini, Park Bo-young tanpa berlengah terus memakainya dan menghulurkan satu kepada Park Seo-joon. Walau bagaimanapun, lelaki itu dilihat menolak pemberian tersebut dan menunjukkan ke arah kepala bagi menyatakan yang dia memakai gel rambut.
Oleh kerana tindak-tanduk yang kelihatan sedikit sombong itu, kritik netizen,
Bukankah tindakan memakai cekak rambut ketika acara promosi adalah sesuatu yang normal?
Walaupun dia tak mahu memakainya, dia boleh memegang cekak itu kan?
Yang lain boleh je pakai, kenapa dia tak boleh?
Kesian Park Bo-young, dari gerak badannya pun dah nampak.
Hmmm.. apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.