Ikuti Kami:

“Ramai Yang Tanya…” – Suga Dedah Rahsia Kejayaan BTS

“Ramai Yang Tanya…” – Suga Dedah Rahsia Kejayaan BTS

Ramai nampaknya nak tahu apa rahsia kejayaan BTS ni.

Suga BTS telah kembali lagi dengan episod baru rancangan bual bicara iaitu “Suchwita” yang telah menampilkan seorang penyanyi lagenda Korea Selatan iaitu Kim Jong-wan.

Di dalam episod itu, Suga telah mendedahkan bahawa dirinya sering ditanya oleh CEO syarikat-syarikat lain tentang rahsia disebalik kejayaan BTS.

Kata ahli BTS itu,

Saya dah jumpa dengan ramai CEO dari syarikat-syarikat lain yang mengeluarkan lagu mereka sendiri dan kebanyakan mereka tanya dekat saya apa rahsia kejayaan BTS.

Dia menjawab bahawa ianya penting untuk ada kebebasan bermuzik walaupun mereka akan dibenci atas perkara itu.

suchwita

Tambah Suga,

Sebelum dan selepas kami debut, tidak kira apa jenis lagu atau muzik yang kami buat dan bagaimana cara kami ingin sampaikan lagu tersebut, respon dari CEO kami tetap sama, iaitu lakukan saja.

Suga serta ahli BTS yang lain juga mendedahkan bahawa mereka banyak mempelajari benda baharu melalui muzik yang ingin mereka lakukan.

Ahli BTS itu berkata lagi,

Selain didekati CEO, rakan idola lain yang ingin memulakan kerjaya solo mereka juga sering meminta nasihat dari saya. Satu sahaja jawapan saya untuk mereka. Usaha keras untuk tunjukkan warna sebenar awak dan lakukan sesuatu yang popular.

Betul cakap Suga tu! Kita kena berusaha sehabis baik dan yang penting kita kena buat apa yang kita minat dan suka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...