Ikuti Kami:

“Ramai Yang Kecewa..” – Sering Bawa Imej Seksi & Mendominasi, Hyuna Luah Perasaan Sebenar

“Ramai Yang Kecewa..” – Sering Bawa Imej Seksi & Mendominasi, Hyuna Luah Perasaan Sebenar

Hyun-a sering dikenali dengan keyakinan diri yang tinggi serta penampilan seksinya di atas pentas, sekali gus menarik perhatian ramai dengan apa sahaja yang dilakukannya.

Baru-baru ini, Hyun-a telah meluahkan perasaannya yang sebenar mengenai imej seksi yang sering dibawanya.

Hyun-a yang muncul di dalam rancangan YouTube milik Jae-joong telah mendedahkan bahawa terdapat ramai yang kecewa selepas berjumpa dengan dirinya yang sebenar.

Katanya,

Ramai yang kecewa lepas lihat diri saya yang sebenar. Tapi, saya amat menyukai imej saya ketika melakukan persembahan dan saya telah bekerja keras untuk membina imej tersebut.

hyuna jaefriends

Tambah bekas ahli 4Minute itu lagi,

Ramai juga yang suruh saya buat konsep ‘comel dan suci’, tapi sekarang dah ramai yang mahir dengan konsep itu jadi saya akan teruskan dengan cara saya sahaja.

Malah, Jae-joong turut mengakui bahawa imej ‘keseksian luar biasa’ yang dibawa Hyun-a telah membuatkan dirinya gementar untuk mendekati penyanyi wanita tersebut ketika mereka mula mengenali satu sama lain.

Korang paling suka dengan konsep Hyun-a masa era mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...