Ikuti Kami:

Hyuna Kembali Sertai Dawn Di Bawah Agensi AT AREA Milik Groovy Room

Hyuna Kembali Sertai Dawn Di Bawah Agensi AT AREA Milik Groovy Room

Hyun-a telah menandatangani kontrak dengan syarikat baru!

Pada 6 November, syarikat agensi AT AREA telah mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak eksklusif bersama dengan Hyun-a.

AT AREA merupakan label yang dibina oleh Groovy Room, di mana ianya merupakan syarikat naugan bagi penyanyi-penyanyi hip-hop Korea seperti Mirani, Gemini dan juga bekas teman lelaki Hyun-a iaitu Dawn.

Disebabkan Hyun-a telah kembali di bawah agensi yang sama dengan bekas kekasihnya itu, wakil syarikat tersebut telah mengeluarkan kenyataan.

Katanya,

Isu peribadi di antara Hyun-a dan Dawn tidak diambil kira sama sekali. Kami hanya menumpukan pada keupayaan serta kelebihan Hyun-a sebagai artis dan penyanyi.

hyunadawn

Hyun-a sebelum ini telah menjalinkan hubungan percintaan bersama Dawn selama 6 tahun sebelum kedua-dua mereka memutuskan hubungan tersebut pada Disember 2022.

Malah, bekas ahli 4MINUTE itu juga baru saja menamatkan kontraknya sebagai penyanyi solo bersama dengan syarikat PNATION pada Ogos lalu.

Mungkin Hyun-a dah selesa bekerja dengan Dawn itu yang dia tak kisah bekerja di bawah syarikat yang sama kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...