Ikuti Kami:

“Kehidupan Saya Kosong” – Dawn Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Berpisah Dengan Hyuna

“Kehidupan Saya Kosong” – Dawn Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Berpisah Dengan Hyuna

Dawn buat pertama kalinya berkongsi kisah kehidupannya selepas berpisah dengan Hyun-a.

Pada 2 Oktober, Dawn telah muncul sebagai tetamu di dalam sebuah rancangan YouTube “Lee Yong-jin’s Kara”.

Pelbagai isu telah dibincangkan dalam rancangan tersebut dan salah satunya adalah berkenaan dengan hubungannya bersama dengan bekas teman wanitanya iaitu Hyun-a.

Ketika ditanya mengenai apa yang Dawn alami selepas berpisah, dia menjawab,

Saya rasa berpisah itu ada kelebihan dan juga ada kekurangan. Tapi saya rasa kelebihan selepas berpisah tu lagi banyak daripada kekurangan.

Tambahnya,

Antara kelebihannya ialah, saya tidak banyak menghabiskan masa berseorangan, saya juga ada banyak rakan-rakan. Tapi kebelakangan ini, saya asyik terfikir untuk menghabiskan masa berseorangan. Ianya rasa sangat tenang dan aman.

_dawn

Malah, dia juga menambah,

Masa mula-mula putus dulu, tak dinafikan walaupun saya bebas keluar sana sini, lepas balik rumah mesti saya rasa sunyi. Rasa macam kehidupan saya kosong dan rasa rindu itu selalu ada. Tapi itu masa permulaan saja la. Sekarang ni saya dah boleh biasakan diri.

Hyun-a dan Dawn mula bercinta pada 2016 sebelum mengumumkan hubungan mereka kepada peminat pada 2018. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila mereka putus pada Disember 2022 selepas 6 tahun percintaan.

Apa pendapat korang lepas baca kisah Dawn ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...