Ikuti Kami:

Ramai Tak Tahu, Lawati 5 Tempat ‘Underrated’ Di Korea Boleh Buat Pelbagai Aktiviti

Ramai Tak Tahu, Lawati 5 Tempat ‘Underrated’ Di Korea Boleh Buat Pelbagai Aktiviti

Korang ada merancang nak melancong ke Korea?

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 tempat ‘underrated’ tetapi sebenarnya sangat menarik untuk pelancong pergi.

E-World

taman tema di korea

Di sebalik bandar Seoul dan Busan, bandar Daegu juga ialah destinasi yang terkenal dengan industri perubatan tradisional, tekstil dan fesyen. Ia juga merupakan bandar ketiga terbesar, serta menjadi lokasi penggambaran popular untuk banyak K-Drama! Sekiranya korang mempunyai peluang untuk melawat bandar Daegu, pastikan korang pergi ke E-World.

Taman tema hiburan ini dibina di sekitar Menara Woobang setinggi 83 tingkat di mana, ia dikenali sebagai bintang utama latar langit Daegu. Malah, ia pernah dipanggil Wooband Tower Land sehingga pertengahan tahun 90-an. Bagaimanapun, masa terbaik untuk datang ke sini ialah selepas jam 5 petang. Ia bukan sahaja menawarkan bayaran masuk yang murah, E-World juga diterangi dengan lampu berwarna-warni dan mempesonakan di setiap sudut. Ia memberi pengalaman kepada pengunjung seperti adegan langsung daripada rom-com K-Drama.

Pulau Geoje 

Terletak di hujung selatan Korea, Geoje merupakan pulau kecil yang indah dikelilingi hutan dan merupakan pulau kedua terbesar di negara itu. Kebanyakan pengunjung datang ke sini untuk mengembara kerana terdapat laluan mendaki dengan pemandangan terbaik di sekitar pulau. Cara terbaik untuk merasai pengalaman menarik di pulau Geoje adalah dengan menyewa kereta atau motosikal dan memandu di sekitar jalan yang indah dengan pemandangan laut luas.

Pohang

tempat underrated di korea

Bagi peminat K-Drama yang pernah menonton “Hometown Cha Cha Cha”, mesti korang suka kan tengok tempat penggambaran mereka? Kalau nak tahu, penggambaran di lakukan di sekitar Pohang. Ia terletak di pesisiran laut indah dan cantik, yang bikin semua terpukau dengan pemandangan kampung ini. Kalau korang melancong ke Pohang, jangan lupa untuk pergi ke klinik gigi Yoon Hye-jin, di mana ia dijadikan sebuah kafe. Seronok kan?

Perkampungan Hanok Jeonju

tempat underrated di korea

Ramai pelancong kagum dengan Kampung Bukchon Hanok yang terletak di Seoul. Tetapi jika ingin melihat lebih banyak seni bina tradisional Korea, korang tidak boleh ketinggalan untuk melawat ke kawasan perkampungan Jeonju. Apa yang menjadikan perkampungan Hanok di Jeonju ini lebih unik ialah, pelancong boleh melihat bumbung semua rumah yang kelihatan sangat teratur.

Muuido

Pulau Muuido ini terletak di daerah Incheon dan merupakan salah satu pulau yang paling popular di sini serta lokasinya berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa terbesar di Incheon. Muuido ialah tempat yang sesuai untuk orang ramai berehat sambil menghirup udara segar dan berendam di dalam laut. Di samping itu, korang boleh bermain dengan selesa di pantai berpasir serta boleh menikmati hidangan makanan laut yang lazat. Tambahan, pulau ini juga terkenal dengan ladang anggur yang menarik.

Korang dah pergi ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...