Ikuti Kami:

Ingin Bawa Anak-Anak Ke Korea? Lawati 5 Taman Tema Ini Untuk Pengalaman Tak Boleh Dilupakan

Ingin Bawa Anak-Anak Ke Korea? Lawati 5 Taman Tema Ini Untuk Pengalaman Tak Boleh Dilupakan

Korang tahu tak dekat Korea ada banyak taman tema hiburan yang sangat menarik?

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 taman tema bagi sesiapa yang merancang untuk melancong ke sana, dan ingin bawa anak-anak bercuti.

Everland

taman tema di korea

Ramai yang menganggap Everland sebagai ‘Disneyland’ di Korea. Ia adalah pilihan perjalanan sehari yang popular, memandangkan ia hanya tiga jam pemanduan dari Seoul.

Everland mempunyai lima zon, masing-masing mempunyai tarikan tersendiri yang menarik. Antaranya ialah Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure. Apa yang tambah menarik, di sini korang boleh merasai pengalaman perarakan bermusim dan tunggangan VR, safari mini dan salah juga boleh menaiki satu roller coaster kayu yang paling curam dan terpantas di dunia.

Lotte World

taman tema di korea

Mencari taman hiburan Seoul yang terbaik? Tanya mana-mana pengembara tempatan atau yang kerap melancong di Korea,  mereka pasti mengesyorkan Lotte World. Ia merupakan taman tema terbesar di Daerah Songpa ini, dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Pulau Sihir dan Pengembaraan Dunia Lotte. Yang pertama ialah pulau buatan di Tasik Seokchon, manakala yang kedua ialah taman hiburan dalaman terbesar di dunia.

Selain daripada tunggangan yang mendebarkan dan banyak tarikan dongeng, korang pasti tidak ketinggalan melihat permata mahkota seni bina iaitu Menara Lotte World. Di sini, korang akan temui hotel mewah, dewan muzik dan pusat beli-belah yang menampilkan akuarium dan gelanggang luncur yang sangat menarik.

Seoul Land 

taman tema di korea

Walaupun namanya Seoul Land, namun ia tidak betul-betul berada di ibu negara Korea itu. Sebaliknya, ia ditempatkan di dalam kompleks Seoul Grand Park di Bandar Gwacheon. Selain itu, berbanding dua tempat di atas, Seoul Land boleh dikatakan tempat paling sesuai untuk keluarga yang melancong dengan anak kecil. Selain daripada tarikan taman hiburan seperti bumper car dan mempunyai 40 roller coaster yang berbeza, terdapat juga zoo dan taman botani di dalam taman tema ini.

Ia juga mempunyai lima kawasan iaitu, World Plaza, Adventure Land, Fantasy Land, Tomorrow Land, dan Samchulli Hill. Malah, kebanyakan tunggangan bertemakan watak kartun popular yang pastinya akan menarik perhatian kanak-kanak untuk berseronok.

E-World Daegu

taman tema di korea

Di sebalik bandar Seoul dan Busan, bandar Daegu juga ialah destinasi yang terkenal dengan industri perubatan tradisional, tekstil dan fesyen. Ia juga merupakan bandar ketiga terbesar, serta menjadi lokasi penggambaran popular untuk banyak K-Drama! Sekiranya korang mempunyai peluang untuk melawat bandar Daegu, pastikan korang pergi ke E-World.

Taman tema hiburan ini dibina di sekitar Menara Woobang setinggi 83 tingkat di mana, ia dikenali sebagai bintang utama latar langit Daegu. Malah, ia pernah dipanggil Wooband Tower Land sehingga pertengahan tahun 90-an. Bagaimanapun, masa terbaik untuk datang ke sini ialah selepas jam 5 petang. Ia bukan sahaja menawarkan bayaran masuk yang murah, E-World juga diterangi dengan lampu berwarna-warni dan mempesonakan di setiap sudut. Ia memberi pengalaman kepada pengunjung seperti adegan langsung daripada rom-com K-Drama.

Shinhwa Theme Park

taman tema di korea

Secara ringkasnya, Taman Tema Shinhwa adalah seperti versi Universal Studios di Pulau Jeju. Apabila melangkah melalui pintu gerbangnya, korang akan disambut oleh dunia yang berwarna-warni bersama watak-watak animasi (semuanya dari studio animasi Korea yang popular).

Ia dibahagikan kepada tiga zon: Rotary Park, Oscar’s New World dan Larva Adventure Village, masing-masing menawarkan tunggangan yang menakjubkan serta permainan VR yang akan meluaskan imaginasi korang dan anak-anak. Selain kanak-kanak, taman tema ini juga sangat disyorkan untuk peminat besar animasi dan kepada sesiapa yang suka dengan bangunan yang indah.

Mesti kanak-kanak tak nak balik rumah nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...