Ikuti Kami:

Ramai Tak Tahu, 5 Selebriti Popular Korea Ini Pernah Tinggal & Belajar Di Malaysia

Ramai Tak Tahu, 5 Selebriti Popular Korea Ini Pernah Tinggal & Belajar Di Malaysia
  1. Mesti ramai yang tidak tahu sebenarnya ada beberapa selebriti terkenal Korea pernah bermastautin di Malaysia.

Kali ini, KimchiDaily nak berkongsi tentang 5 pelakon dan penyanyi yang pernah menetap di Malaysia. Jom baca!

Tang Junsang

Tan Jung-sang

Korang mungkin ingat dia dari “Crash Landing On You” dan “Move To Heaven”. Tidak ramai yang tahu bahawa pelakon K-Drama Tang Jun-sang sebenarnya adalah separuh warga Malaysia. Bintang itu menjelaskan kepada media Korea tentang nama belakangnya, mengatakan bahawa ayahnya adalah warga Malaysia-Cina manakala ibunya adalah warga Korea Selatan yang dilahirkan dalam keluarga pelbagai budaya.

Pelakon muda itu mula mendapat perhatian menerusi siri K-Drama popular, “Crash Landing On You”. Dia kemudiannya menjadi pelakon utama dalam dua K-Drama lain, “Racket Boys” dan “Move To Heaven”.

Han Jisung

Han Ji-sung merupakan ahli kumpulan lelaki Stray Kids. Dia pertama kali datang ke Malaysia bersama keluarganya ketika berusia lapan tahun. Dia tinggal di Ampang selama enam tahun dan bersekolah di Fairview International School.

Menurut biografi Han Ji-sung, ibu bapanya menggesanya untuk mendaftar kolej di Malaysia tetapi dia mahu menjadi penyanyi dan membuat perjanjian dengan mereka bahawa jika dia tidak ditandatangani oleh agensi bakat di Korea Selatan dalam tempoh setahun, maka dia akan berpindah ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran.

Seo Kangjoon

Pelakon Korea Selatan Seo Kang-joon yang membintangi “Cheese In The Trap”, “Grid”, dan “Are You Human?” pernah belajar di Malaysia selama satu tahun tujuh bulan.

Dia mendedahkan pada episod “Law of the Jungle” apabila dia mengagumkan ahli lain dengan pengetahuannya dalam bahasa Inggeris dan boleh mentafsir untuk kumpulan itu. Dalam temu bual ini, dia juga menjelaskan bahawa dia tinggal di asrama di Malaysia kerana ayahnya mengenali seorang kawan di sini. Dia tinggal di Malaysia  adalah kerana ibu bapanya mahu dia belajar bahasa Inggeris.

Isaac Voo

isaac voo

Idola K-Pop Isaac Voo memulakan kerjaya sebagai ahli kumpulan IN2IT.  Penyanyi lelaki berbakat ini sebenarnya berasal dari Sabah dan merupakan idola K-Pop lelaki Malaysia pertama!

Chae Songah

Chae Song-ah

Chae Song-ah, pelakon Korea Selatan yang muncul dalam pelbagai drama seperti “Good Doctor”, “My Strange Hero”, dan “Glorious Day” kini menetap di Johor. Bersama suaminya, mereka menjalankan perniagaan restoran barbeku Korea ‘Sae Ma Eul’ dan mempunyai beberapa cawangan di Malaysia.

Agak-agak selebriti ni pernah makan nasi lemak tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...