Ikuti Kami:

Jadi Perhatian Tempatan, Ini 6 K-Drama Popular Sebut Negara Malaysia

Jadi Perhatian Tempatan, Ini 6 K-Drama Popular Sebut Negara Malaysia

Ia menjadi satu kebanggaan bagi rakyat Malaysia terutama penonton K-Drama apabila pelakon menyebut sesuatu mengenai negara kita.

Ada beberapa K-Drama popular yang ‘perasan’ tentang kewujudan Malaysia. Pastinya ini menjadi promosi percuma buat industri pelancongan Malaysia.

Start-Up 

Start-Up antara K-Drama yang paling digilai rakyat Malaysia. Ramai penonton teruja dengan salah satu babak di dalam drama itu kerana watak Cheol San berbangga dengan kecantikan bilik percutian keluarganya di Kota Kinabalu. Namun ada netizen mengatakan bahawa ini bukanlah kali pertama tempat percutian di Sabah disebut dalam K-Drama.

On The Way To Airport 

AirAsia menaja drama “On the Way to the Airport”, yang sebahagiannya dirakam di Putrajaya, dengan sokongan daripada Tourism Malaysia, sebuah agensi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

On the way to the airport

Doctor Cha

Pada tahun 2023, drama “Doctor Cha” mendapat antara rating tertinggi sepanjang siaran. Ada satu babak ketika seorang pesakit sedang membuat siaran langsung di satu aplikasi dan penonton menyebut “Hi from Malaysia”.

Little Women 

“Little Women” ialah drama thriller psikologi Korea yang menggambarkan kehidupan tiga beradik perempuan yang hidup dalam kemiskinan, tetapi pertemuan dengan wang secara tiba-tiba mengubah hidup mereka.

Love All Play

Going To You At A Speed Of 493km Malaysia

Ada satu babak dalam drama ini memaparkan figura yang sangat dikenali rakyat Malaysia, Lee Zia Zii. Walaupun namanya tidak sama, tetapi penonton di Malaysia sangat mengenali atlit badminton berbakat itu iaitu Lee Zi Jia.

Agency

agency scene malaysia

“Agency” memberi promosi percuma kepada Malaysia dengan memaparkan satu babak di mana ada cenderamata dari Malaysia. Drama ini diterajui oleh pelakon popular iaitu Lee Bo-young dan Jo Sung-ha, meceritakan tentang seorang wanita yang menjadi eksekutif wanita pertama dalam kumpulannya untuk mendapat jawatan tertinggi.

Bangga kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...