Ikuti Kami:

Ramai Tak Sokong Hubungan Cinta Lee Dohyun & Song Hyekyo Dalam ‘The Glory 2’, Tapi Kenapa?

Ramai Tak Sokong Hubungan Cinta Lee Dohyun & Song Hyekyo Dalam ‘The Glory 2’, Tapi Kenapa?

Sudah beberapa hari bersiaran, rasanya semua sudah pun habis menonton bahagian kedua “The Glory” kan?

Dalam kesinambungan ini, Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) akhirnya memberikan balasan yang setimpal buat setiap pembulinya dan menjalani kehidupan baru di samping Joo Yeo-jeong (Lee Do-hyun).

Pun begitu, namun segelintir netizen memberikan pendapat berbelah bagi mengenai kisah romantik antara mereka berdua. Walaupun dipuji tetapi terdapat sesetengah penonton yang meluahkan bahawa fokus mereka terganggu apabila babak melodramatik antara Moon Dong-eun dan Joo Yeo-jeong tiba-tiba mencelah di antara momen pembalasan dendam wanita itu.

netflix the glory 2

Reaksi negatif berkenaan diutarakan kerana katanya, hubungan cinta itu tiada impak signifikan pada jalan cerita. Malah jika ia dibuang, perkembangan plot pembalasan dendam sudah pun cukup untuk mencipta sebuah drama yang sempurna. Memang benar Joo Yeo-jeong membantu Moon Dong-eun secara fizikal dan emosi tetapi ramai yang berharap bahawa lelaki itu hanya kekal sebagai pembantu sahaja. Tak kurang juga ada yang mengkritik penggunaan dialog Lee Do-hyun seperti ‘arahan’, ‘tarian pedang’ dan lain-lain sebagai tidak natural.

Bukannya lakonan Lee Do-hyun mahupun Song Hye-kyo tidak bagus namun sepertinya tiada harmoni di antara hubungan cinta itu dan plot pembalasan dendam. Bahkan ramai yang tetap merasakan jarak umur antara mereka berdua terlalu jelas lantas mengurangkan fokus penonton.

netflix the glory 2

Walau bagaimanapun, terdapat juga penonton yang memberikan sokongan supaya Moon Dong-eun dan Ha Do-young (Jung Sung-il) untuk bersama tetapi turut ditolak oleh sesetengah penonton memandangkan agak pelik sekiranya wanita tersebut perlu menjaga Ha Ye-sol iaitu anak kepada pembulinya.

Cerita dah habis pun kan.. Korang rasa macam mana?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...