Ikuti Kami:

Pembalasan Dendam Memuaskan, Penonton Beri Pelbagai Respon Lepas Tonton Ending ‘The Glory 2’

Pembalasan Dendam Memuaskan, Penonton Beri Pelbagai Respon Lepas Tonton Ending ‘The Glory 2’

Berbulan menanti, semestinya ramai yang tidak keruan apabila bahagian kedua “The Glory” akhirnya ditayangkan baru-baru ini.

Bagi yang tidak mengetahui, siri Netflix ini membawa kisah Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) yang memulakan misi membalas dendam ketika dewasa terhadap para pembuli yang merosakkan hidupnya semasa di sekolah.

[Amaran SPOILER]

Ramalan tersirat

Siapa yang mengkaji poster bahagian kedua “The Glory” pastinya tidak menyangka mesej yang ditulis setiap padanya merupakan klu kepada cara pembalasan dendam buat setiap watak di dalamnya. ‘Jiwa yang bergembira pada setiap masa’ buat Park Yeon-jin (Im Ji-yeon), ‘Mata yang kelam’ untuk Jeon Jae-joon (Park Sung-hoon), ‘Tangan yang menghina dan memusnahkan’ bagi Lee Sa-ra (Kim Hieora), ‘Mulut yang tergelak kuat apabila melihat kesusahan orang lain’ buat Choi Hye-jung (Cha Joo-young) dan ‘Kaki yang membawa kepada kesusahan semua’ untuk Son Myeong-oh (Kim Gun-woo).

netflix the glory 2

Setiap daripada kata-kata ini merupakan ramalan kepada pengakhiran setiap watak di mana Son Myung-oh merangkak semasa kematiannya, Choi Hye-jung yang bermulut tempayan kehilangan suaranya, Jeon Jae-jun yang mempunyai masalah buta warna kehilangan pandangan dan terjatuh dalam kegelapan, dan Park Yeon-jin yang disumbat ke dalam penjara kehilangan jiwa.

Ada sinar bahagia

Berakhir sengsara, akhirnya ada sinar baru buat watak-watak yang teraniaya di dalam siri ini. Tambahan pula untuk kakitangan Moon Dong-eun yang merupakan pendorong terbesar ketika menjayakan misi ini.

Kang Hyun-nam (Yeom Hye-ran) yang menjadi orang kanan wanita itu berjaya menjalani kehidupan baru apabila suaminya menemui ajal dan dia terlepas daripada kekejaman lelaki tersebut. Malah anaknya kini terus bahagia menyambung pelajaran di Amerika Syarikat dan dia juga berjaya membalas balik perbuatan Park Yeon-jin yang pada awalnya cuba mengugut keluarganya.

netflix the glory 2

Bukan itu sahaja, Go Sung-hee yang merupakan sahabat Moon Dong-eun ketika mereka bekerja di kilang bersama turut setia bersama wanita itu hingga ke akhirnya. Bahkan dia menerima hadiah terbesar dari Moon Dong-eun sebagai membalas jasanya yang banyak membantu ketika misi membalas dendam itu.

Kim Kyung-ran yang pada asalnya menutup mata semasa Moon Dong-eun dan kemudiannya turut menjadi mangsa buli mengubah nasibnya apabila memberikan bantuan terpenting di akhir cerita. Siapa sangka pembunuh sebenar Son Myung-oh adalah dia namun atas sebab yang relevan di mana lelaki itu cuba berkeras semasa di hujung nyawanya. Dengan tindakan berani itu, Moon Dong-eun menggunakan alat itu sebagai senjata akhir untuk menyumbat Park Yeon-jin ke dalam penjara atas tuduhan membunuh. Dan lebih manis kerana kita semua tahu siapa pembunuh sebenar itu kecuali Park Yeon-jin sendiri.

Ending sempurna

Buat Ha Do-young yang dibelot isteri sendiri, dia tetap berdiri teguh demi kasih sayangnya buat Ha Ye-seol meskipun anak itu ialah dari benih Jeon Jae-jun. Malah lelaki itu membuktikan bahawa Ha Ye-seol mempunyai seorang bapa apabila dia sendiri menamatkan kekasih gelap Park Yeon-jin itu dengan menolaknya ke dalam bancuhan simen. Akhirnya Ha Do-young dan anaknya terlepas daripada genggaman ‘si gila’ dan meneruskan kehidupan mereka di luar negara.

netflix the glory 2

Yang paling dinanti-nanti ialah pengakhiran antara Moon Dong-eun dan Joo Yeon-jeong kan? Setelah menarik tali, kedua mereka mengakui perasaan sayang dan cinta di penghujung siri itu dengan ciuman bermakna. Bukan itu sahaja, doktor tersebut nampaknya bakal memulakan misi membalas dendam terhadap pembunuh ayahnya dengan bantuan Moon Dong-eun di sisi.

Tak cukup dengan plot cerita yang menarik sahaja, “The Glory” turut dihiasi dengan ramai pelakon berbakat yang berjaya membuatkan darah penonton menggelegak seperti Park Yeon-jin, Jeon Jae-joon, ibu Moon Dong-eun dan ramai lagi. Malah ramai yang turut bersimpati dan memberikan sokongan padu buat pembalasan dendam Moon Dong-eun dan lain-lain yang turut dibebani isu ini.

Walaupun tidak menggerunkan seperti drama pembalasan dendam lain namun “The Glory” mengangkat cara yang lebih halus namun memuaskan. Bak kata penulis Kim Eun-sook, ia merupakan sebuah drama yang bakal memberikan kepuasan buat ‘Moon Dong-eun’ di luar sama.

netflix the glory 2

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...