Jung Hae-in dan Ji-soo BLACKPINK memang tidak dinafikan mempunyai keserasian yang mantap dalam drama “Snowdrop” kan?
Baru-baru ini, Ji-soo telah berada di Paris, Perancis dan dia dilihat pergi membeli-belah di sebuah kedai jenama fesyen terkenal ‘Acne Studios’.
Menarik perhatian, pada 20 Julai, Jung Hae-in telah menghadiri tayangan perdana VIP untuk filem “Smugglers” dan lelaki itu tampil memakai baju dari jenama fesyen yang sama.
Oleh itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa ahli BLACKPINK tersebut mungkin membelikan baju itu sebagai hadiah kepada Jung Hae-in, menjadikannya satu topik yang heboh di media sosial.
emang boleh se acne itu#JungHaeIn #KimJisoo pic.twitter.com/8QW7H9IxBr
— B A Y I (@calateaaa) July 20, 2023
Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan bahawa ianya mungkin hanya kebetulan, memandangkan jenama tersebut memang popular di kalangan selebriti Korea Selatan.
Bagi yang belum tahu, Ji-soo dan Jung Hae-in pernah sama-sama membintangi drama “Snowdrop” pada 2021, meraih perhatian penonton dengan chemistry hebat mereka.
Haa korang rasa kebetulan je ke atau macam mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.