Haa siapa pernah layan drama “Snowdrop” dulu?
Terbaru pada 20 Julai, tayangan perdana filem “Smugglers” telah berlangsung dan dihadiri oleh ramai pelakon hebat.
Untuk pengetahuan, “Smugglers” yang diterajui Kim Hye-soo, Go Min-si dan Jo In-sung, adalah filem berlatarkan tahun 1970-an, mengisahkan tentang operasi penyeludupan dalam sebuah perkampungan kecil yang aman di tepi laut.
Ketika tayangan perdana filem itu, pelakon seperti Yoon-a, Lee Do-hyun, Jung So-min, IU, Ahn Bo-hyun, Bona, Lim Ji-yeon, Geum Sae-rok, Bae In-hyuk, Moon Sang-min dan ramai lagi turut tampil bagi menyokong naskhah berkenaan.
TW // HAESOO
My beloved moments today (20/7/2023)
– J attend photowall for first time while H attend for the first time after so long not doing it (Both love ninjaing)
– Both wear blue and white
– H wait at the entry place after his turn(conclusion up to u)
[continue…] pic.twitter.com/pUVisXd79e
— Chick •JHI• (@Haeinpops) July 20, 2023
Menarik perhatian, teraju utama “Snowdrop” iaitu Jung Hae-in dan Ji-soo BLACKPINK juga dilihat menghadiri acara yang sama, menambah keterujaan peminat yang rindu ingin melihat interaksi mereka.
Meskipun kedua mereka tidak bergambar atau dilihat berborak bersama namun, peminat tetap seronok dengan kehadiran mereka di acara yang sama.
Wuu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.