Bawa pengaruh luar biasa, apa sahaja yang dilakukan Lisa pastinya akan menjadi ikutan ramai.
Baru-baru ini, Lisa BLACKPINK telah kembali ke tanah kelahirannya, Thailand, bagi acara perjumpaan peminat solo pertamanya yang berlangsung di Bangkok.
Seperti yang dijangka, puluhan ribu peminat telah menghadiri memenuhi ‘Bangkok International Trade & Exhibition Centre’ dan perhatian tertumpu kepada pakaian peminat yang kebanyakannya diinspirasi dari ‘outfit’ Lisa sebelum ini.
Menerusi beberapa foto yang dikongsi, ada yang datang hanya memakai pakaian dalam, yang diilhamkan dari penampilan Lisa di ‘Victoria’s Secret Fashion Show’ pada bulan lepas dan ada juga yang meniru semula ‘outfit’ Lisa seperti dalam muzik videonya.
Meskipun kagum melihat kesungguhan mereka untuk berdandan cantik namun, segelintir netizen merasakan bahawa penyanyi “Moonlit Floor” itu mungkin menjadi sebab ramai orang lebih terbuka untuk berpakaian menjolok mata selepas ini dan akan membawa pengaruh buruk kepada peminat bawah umur.
Hmm apa kata korang?