Ikuti Kami:

“Kalau Keluar Je, Orang Akan..” – Lisa BP Luah Perasaan, Kongsi Kesukaran Selepas Makin Dikenali Ramai

“Kalau Keluar Je, Orang Akan..” – Lisa BP Luah Perasaan, Kongsi Kesukaran Selepas Makin Dikenali Ramai

Meskipun seronok mengecap populariti, Lisa BLACKPINK pastinya mempunyai cabarannya sendiri menjadi seorang selebriti yang dikenali ramai.

Baru-baru ini, Lisa dan Tyla telah sertai Rolling Stone untuk satu sesi temu bual, di mana mereka berdua bertanya dan menjawab soalan pada satu sama lain.

Khususnya, penyanyi popular dari Afrika Selatan itu bertanya kepada Lisa,

Saya nak tahu susah tak selepas awak semakin dikenali ramai?

Jawab penyanyi “Moonflit Floor” itu jujur,

Saya akan cakap, tiada privasi. Kalau awak pergi mana-mana, orang akan letak je telefon mereka di hadapan muka awak dan kadang-kadang awak tak bersedia untuk orang mengambil gambar awak.

Sambung Lisa lagi,

Kadang-kadang awak taknak pakai makeup, hanya pakai baju tidur, keluar dan pergi makan. Itu sahajalah yang sedikit susah untuk saya tetapi, saya lebih gembira kerana mereka perasan saya.

Hmm peminat pun, jangan lah serbu Lisa macam tu je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...