TVING telah melancarkan poster untuk program hiburan “Youth MT” yang menampilkan ramai bintang hebat!
Bagi yang belum tahu, “Youth MT” ialah rancangan yang akan menampilkan pelakon-pelakon dari drama “Love in the Moonlight”, “Itaewon Class” dan “The Sound of Magic”. Kesemua mereka akan bersatu semula untuk pergi ke lawatan lapangan kumpulan besar, di mana semua harus terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti bermain permainan, melepak dan meluangkan masa untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Terbaru pada 9 Ogos, TVING telah mengeluarkan poster pertama untuk “Youth MT” memaparkan ramai selebriti hebat bergambar bersama.
https://twitter.com/tvingdotcom/status/1556777277014233089
Daripada drama sejarah terkenal “Love in the Moonlight”, Park Bo-gum, Kim Yoo-jung, Jung Jin-young, Chae Soo-bin dan Kwak Dong-yeon akan menyertai barisan pelakon untuk “Youth MT”.
Selain itu, Park Seo-joon, Ahn Bo-hyun, Kwon Nara, Ryu Kyung-soo, dan Lee Joo-young dari “Itaewon Class” serta Ji Chang-wook, Choi Sung-eun, Hwang In-yeop, Ji Hye-won, dan Kim Bo-yoon dari drama muzikal fantasi “The Sound of Magic”, turut akan menjadi sebahagian daripada “Youth MT”.
Nantikan “Youth MT” akan mula ditayangkan pada 9 September nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.