Ikuti Kami:

Pelakon ‘Love In The Moonlight’, ‘Itaewon Class’ & ‘The Sound Of Magic’ Sertai Program ‘Youth MT’ September Ini

Pelakon ‘Love In The Moonlight’, ‘Itaewon Class’ & ‘The Sound Of Magic’ Sertai Program ‘Youth MT’ September Ini

Program realiti penyembuhan TVING “Youth MT” yang akan disertai oleh ramai pelakon hebat akan menemui penonton pada bulan September ini!

Untuk pengetahun, “Youth MT” ialah rancangan yang akan menampilkan pelakon-pelakon dari drama “Love in the Moonlight”, “Itaewon Class” dan “The Sound of Magic”. Kesemua mereka akan bersatu semula untuk pergi ke lawatan lapangan kumpulan besar, di mana semua harus terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti bermain permainan, melepak dan meluangkan masa untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Daripada drama sejarah terkenal “Love in the Moonlight”, Park Bo-gum, Kim Yoo-jung, Jung Jin-young, Chae Soo-bin dan Kwak Dong-yeon akan menyertai barisan pelakon untuk “Youth MT”.

tving youth mt

Selain itu, Park Seo-joon, Ahn Bo-hyun, Kwon Nara, Ryu Kyung-soo, dan Lee Joo-young dari “Itaewon Class” serta Ji Chang-wook, Choi Sung-eun, Hwang In-yeop, Ji Hye-won, dan Kim Bo-yoon dari drama muzikal fantasi “The Sound of Magic”, turut akan menjadi sebahagian daripada “Youth MT”.

Sama-sama kita nantikan kekecohan mereka dalam “Youth MT” pada 9 September ini menerusi saluran TVING!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...