Ikuti Kami:

Ramai Pelakon Hebat & Pelbagai Genre, Tonton 11 K-Drama Bakal Tayang Disember Ini

Ramai Pelakon Hebat & Pelbagai Genre, Tonton 11 K-Drama Bakal Tayang Disember Ini

Siap sedia semua peminat setia drama Korea!

Pada Disember akan datang, ada pelbagai K-Drama yang bakal menemani hari-hari penonton. Dari pelakon hebat Jung Hae-in dan Song Hye-kyo, semua senarai drama di bawah akan menemui anda bulan depan.

Jom lihat antara drama yang bakal ditayangkan pada Disember nanti:

1. CONNECT

https://youtu.be/EVB38-BBD4E

“Connect” ialah sebuah drama tentang perlumbaan baru dengan tubuh abadi yang dipanggil ‘Connect’. Ia bermula apabila organisasi pemerdagangan organ menculik seseorang daripada kumpulan tersebut, mengalihkan sebelah matanya dan kemudian memindahkan matanya kepada pembunuh bersiri, yang menyebabkan kekecohan di Korea.

Pelakon utama: Jung Hae-in, Go Kyung-pyo, Kim Hye-jun

Tarikh tayangan: 7 Disember

Platform: Disney+

2. MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA PART 2

“Money Heist – Joint Economic Area” menceritakan dunia di mana utara dan selatan Korea yang dalam usaha untuk digabungkan di mana mereka mempunyai akses bebas antara satu sama lain di suatu kawasan dipanggil ‘Joing Economic Area’. Walau bagaimanapun, dalam diam sekumpulan perompak merancang untuk melakukan rompakan besar-besaran sebanyak 4 trilion won dengan sekumpulan pihak berkuasa yang cuba menghalangnya.

Pelakon utama: Park Hae-soo, Kim Ji-hoon, Jeon Jong-seo, Lee Joo-bin

Tarikh tayangan: 9 Disember

Platform: Netflix

3. THE FORBIDDEN MARRIAGE

Drama ini mengisahkan tentang Raja Lee Heon, yang melarang perkahwinan selepas kehilangan permaisurinya tujuh tahun lalu. Tetapi dia bertemu dengan seorang wanita yang mendakwa bahawa dia boleh memiliki dirinya menjadi mendiang ratu.

Pelakon utama: Kim Young-dae, Park Ju-hyun, Kim Min-ju, Kim Woo-seok

Tarikh tayangan: 9 Disember

Platform: MBC

4. ALCHEMY OF SOULS: LIGHT AND SHADOW

Bahagian kedua ini akan dipanggil “Alchemy Of Souls: Light & Shadow” di mana penting untuk menyaksikan sekiranya Jang Uk mengenali Nak-su yang kembali ke badan asalnya.

Pelakon utama: Lee Jae-wook, Go Yoon-jung

Tarikh tayangan: 10 Disember

Platform: Netflix

5. TROLLEY

“Trolley” akan membawa kisah tentang isteri seorang ahli Dewan Negara yang menjalani kehidupan yang tenang sambil menyembunyikan masa lalunya. Dia berhadapan dengan dilema apabila rahsianya terbongkar kepada dunia.

Pelakon utama: Park Hee-soon, Kim Hyun-joo

Tarikh tayangan: 19 Disember

Platform: SBS

6. THE INTEREST OF LOVE

 “The Interest of Love” ialah drama curang noir mengenai empat watak iaitu Ha Sang-soo, Ahn Soo-young, Park Mi-kyung dan Jung Jong-hyun di mana kehidupan mereka berlatarbelakangkan Nara Bank cawangan Yeongpo yang baru sahaja menyambut ulang tahun pembukaan ke-99. Ia akan mengikuti orang yang berbeza minat, bertemu antara satu sama lain dan belajar tentang cinta.

Pelakon utama: Yoo Yeon-seok, Moon Ga-young, Geum Sae-rok, Jung Ga-ram

Tarikh tayangan: 21 Disember

Platform: JTBC

7. WORK LATER, DRINK NOW 2

“Work Later, Drink Now” mengisahkan tentang tiga sahabat yang hidup dengan falsafah untuk minum alkohol bersama selepas waktu kerja.

Pelakon utama: Lee Sun-bin, Han Sun-hwa, Jung Eun-ji

Tarikh tayangan: 9 Disember

Platform: TVING

8. BIG BET

“Big Bet” menceritakan kisah seorang lelaki yang menjadi raja kasino selepas banyak liku-liku. Berikutan beberapa siri insiden, dia kehilangan segala-galanya tetapi kembali ke permainan dengan kelangsungan hidup dan nyawanya yang di hujung tanduk.

Pelakon utama: Choi Min-sik, Son Suk-ku, Lee Dong-hwi, Heo Sung-tae

Tarikh tayangan: 21 Disember

Platform: Disney+

9. THE GLORY

netflix the glory

“The Glory” membawa kisah Dong-eun yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.

Pelakon utama: Song Hye-kyo, Lee Do-hyun

Tarikh tayangan: 30 Disember

Platform: Netflix

10. MISSING: THE OTHER SIDE 2

https://www.youtube.com/watch?v=NCxcMxbrFbA

“Missing: The Other Side” adalah drama fantasi misteri berlatar belakangkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh roh, yang hilang ketika mereka masih lagi hidup. Bagi membongkar misteri ini, sekumpulan individu telah berkumpul bagi mencari mayat yang hilang dan cuba mencari tahu nasib mereka sebelum dibawa ke sana.

Pelakon utama: Go Soo, Heo Jun-ho, Lee Jung-eun, Ahn So-hee

Tarikh tayangan: 19 Disember

Platform: tvN

11. ISLAND

https://www.youtube.com/watch?v=6v5Dv0oQTSM

Diadaptasi daripada komik dengan nama yang sama, “Island” membawa kisah beberapa individu melawan kejahatan yang mahu menghancurkan dunia. Berdasarkan dari cerita yang segar dan tidak pernah dilihat di tempat lain, ianya akan memaparkan legenda dan kisah dongeng di Jeju dalam intepretasi moden.

Pelakon utama: Kim Nam-gil, Lee Da-hee, Cha Eun-woo

Tarikh tayangan: 30 Disember

Platform: TVING, Amazon Prime Video

Haa korang paling teruja nak tonton drama mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...