Kalau cakap tentang K-Drama paling popular, “The World of the Married” pastinya tidak akan terkecuali.
Terbaru, Kim Hee-ae telah muncul sebagai tetamu dalam episod baru rancangan “Salon Drip 2” di YouTube, yang diacarakan oleh Jang Do-yeon.
Dalam video itu, pengacara mengimbas kembali tentang populariti Kim Hee-ae ketika drama “The World of the Married” ditayangkan. Katanya,
Saya ada dengar bahawa pelakon junior tunggu dalam barisan untuk memeluk awak selepas penggambaran drama itu tamat.
Respon pelakon wanita itu dengan perasaan sebak,
Ia adalah satu penghormatan. Saya tertanya-tanya sama ada masa yang indah itu akan berlaku lagi dalam hidup saya.
Terkejut melihat Kim Hee-ae yang tiba-tiba menangis, Jang Do-yeon berkata,
Tiada siapa yang menikmati zaman kegemilangan yang panjang seperti awak. Kenapa awak menangis bila saya sebut ‘The World of the Married’?
Pelakon berusia 56 tahun itu mengaku,
Sudah bertahun-tahun lalu tetapi ia tiba-tiba membuatkan saya menangis. Saya tidak mengetahuinya pada masa itu. Masa tu saya pelik kenapa tiba-tiba kawan-kawan ni layan saya macam senior. Bila saya fikir kembali, ia adalah masa yang sangat berharga dan saat yang menggembirakan.
Memang rezeki Kim Hee-ae kan!