Ikuti Kami:

“Ramai Kenal Walaupun..” – Son Sukku Akui Rasa Diri Makin Popular Sebab Situasi ‘Ini’

“Ramai Kenal Walaupun..” – Son Sukku Akui Rasa Diri Makin Popular Sebab Situasi ‘Ini’

Selepas “My Liberation Notes”, Son Suk-ku tidak dinafikan semakin dikenali ramai kini kan?

Baru-baru ini, Son Suk-ku telah terlibat dengan satu temu bual, susulan tayangan “D.P” musim kedua.

Ketika sesi temu bual, pelakon itu ditanya sama ada dia dapat merasakan popularitinya yang semakin meningkat naik. Jawabnya,

Ya, kerana terlalu ramai yang mengenali saya dengan jelas. Mereka kenal saya walaupun dari jauh. Lebih hebat kerana mereka kenal saya walaupun saya memakai pelitup muka.

Kemudian mengenai projek kegemaran yang dilakukan setakat ini, Son Suk-ku memberitahu,

Saya suka semuanya. Selepas saya menyiapkan satu kerja, saya melihat kembali ‘apa yang tinggal dalam hidup saya selepas saya melakonkan watak ini’. Setiap karya mempunyai pengajaran yang berbeza dan saya cenderung untuk simpan semunya.

son sukku

Akhir sekali, Son Suk-ku turut mendedahkan bahawa dia ingin terlibat dengan drama genre melodrama sebelum semakin tua,

Saya harus melakukan drama percintaan sebelum saya tua. Saya akan melakukannya. Sebenarnya saya sedang mencari projek seperti itu. Saya ingin tunjukkan sisi berbeza saya memandangkan saya sering melakukan banyak projek dengan ramai lelaki di dalamnya.

Kami pun nak tengok Son Suk-ku berlakon drama romantik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...