Ikuti Kami:

Son Sukku Dedah Jung Haein Hampir Maut Rakam Babak Ini Dalam ‘D.P. 2’

Son Sukku Dedah Jung Haein Hampir Maut Rakam Babak Ini Dalam ‘D.P. 2’

Mesti ramai kan yang dah habis tonton musim kedua “D.P.” di Netflix?

Baru-baru ini, pelakon utama “D.P. 2” termasuk Jung Hae-in, Son Suk-ku, Koo Kyo-hwan dan Kim Sung-kyun telah tampil dalam video temu bual bersama Netflix.

Ketika sesi temu bual, Jung Hae-in mengaku bahawa semua adegan aksi dalam drama itu memang dilakukan oleh dirinya sendiri. Jelasnya,

Apa yang saya ingat dengan jelas ialah saya memang tidak boleh menggunakan ‘stand-in’ (pelakon ganti sebelum penggambaran).

Kemudian, Son Suk-ku juga turut mendedahkan mengenai adegan aksi Jung Hae-in dalam kereta api,

Adegan aksi dalam kereta api memang sangat menyentuh perasaan. Saya terus memberi high-five pada Hae-in.

Sambungnya lagi dengan memuji pelakon lelaki itu,

Saya dapat merasakan bahawa dia memberikan segalanya. Walaupun saya tidak berada di sana tapi saya dapat rasa bahawa dia merakamnya sehingga hampir mati. Ia bukan sekadar adegan aksi. Ia adalah keseluruhan drama.

Memang power la Jung Hae-in!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...