Pada 18 September, Korea Selatan telah dikejutkan dengan berita kematian 2 pelakon veteran ini.

Pertama adalah Byun Hee-bong yang telah meninggal dunia hari ini selepas bertarung dengan kanser pankreas, pada usianya 81 tahun.
Antara drama lakonannya sebelum ini adalah dalam “My Girlfriend is a Gumiho”, “Pinocchio” dan filem seperti “The Host”.
Sekali lagi berita menyedihkan adalah apabila pelakon No Young-kook turut dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung mengejut awal pagi tadi.
Untuk pengetahuan, No Young-kook yang berusia 74 tahun, memainkan watak sebagai Kang Jin-beom dalam drama yang sedang ditayangkan kini “Live Your Own Life”.
Antara karya lain lakonannya adalah dalam “Joseon X-Files”, “Enchanting Neighbour” dan banyak lagi.
Semoga segalanya dipermudahkan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.