Ikuti Kami:

“Hati Saya Hancur..” – Kongsi Kisah Sedih, V BTS Dedah Sebab Beli Ayah Kereta Baru 2 Kali

“Hati Saya Hancur..” – Kongsi Kisah Sedih, V BTS Dedah Sebab Beli Ayah Kereta Baru 2 Kali

Sebagai seorang anak, kita seharusnya sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa kan?

Terbaru pada 6 September, V BTS telah muncul dalam program “You Quiz on the Block” bagi mempromosikan album solonya “Layover”, bakal dilancarkan pada 8 September ini.

Dalam siaran itu, V berkongsi bahawa dia dan ayahnya merupakan peminat rancangan tersebut,

Saya seronok tonton ‘You Quiz on the Block’ pada waktu cuti saya. Ini juga adalah program yang ayah saya suka.

Kemudian, ahli BTS itu turut berkongsi apa yang dia lakukan dengan gaji pertamanya,

Ayah saya telah lama dalam perniagaan pakaian. Saya pergi ke Seoul pada waktu subuh dan membawa pakaian untuk dijual. Saya pergi melancong dengan ayah saya dan melihat papan pemuka kereta itu dan ia menunjukkan bahawa kereta itu sudah berjalan 500,000 KM. Jadi, saya belikan ayah saya kereta baru.

v bts

Sambungnya lagi,

Kesukaran ayah saya terbendung dalam 500,000 KM. Saya sentiasa cuba untuk jadi anak yang baik, dan saya nampak dia juga berfikir untuk jadi bapa yang baik. Ia membuatkan hati saya hancur. Sejak itu, saya telah menukar keretanya lebih kurang dua kali. Saya belikannya kereta terbaik.

Bagus V buat ayah gembira!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...