“Ramai Ahli Sakit..” – Risau Penonton Rasa Tak Kelakar, Pengarah Ulas Konsep Baru ‘Running Man’
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Sebagai penotnons etia, apa yang korang mahukan dari “Running Man” kini?
Sedar tak sedar, sudah 13 tahun program ini berjalan malah ianya sudah melalui pertukaran pengarah produksi sebanyak beberapa kali. Malah dek usia setiap ahli, permainan ‘legenda’ seperti menarik tag nama sudah pun tidak dilakukan lagi kini.
Terbaru, Choi Hyung-in menggalas tanggungjawab itu sebagai wanita pertama yang mengarahkan “Running Man”.

Menerusi sebuah temubual eksklusif, wanita tersebut mengakui bahawa pihak produksi risau mengenai lawak semula jadi. Katanya, dia mahu mencari garis sempadan yang baik antara permainan simbol “Running Man” dan perubahan yang disukai penonton baru-baru ini.
Kalau awak perasan kebanyakan kandungan hot kini bukanlah berorientasikan permainan. Saya terfikir bagaimana mahu menyelitkan elemen itu ke dalam ‘Running Man’. Walau bagaimanapun, kalau tak melakukan misi, ianya bukanlah ‘Running Man’. Jadi, mengurangkan jurangn itu adalah tugas terbesar kami.
Fighting “Running Man”!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




