Seminggu berlangsung, Pameran Aeroangkasa & Maritim Malaysia (LIMA) 2023 berjaya menarik perhatian seluruh penduduk tempatan.
Kalau nak tahu, acara ini disertai 400 individu terdiri daripada menteri pertahanan, menteri pengangkutan serta ketua-ketua agensi pertahanan dan keselamatan negara dan ianya sudah berlangsung dari 23 hingga 27 Mei.
Meskipun disertai pelbagai angkata tentera udara dari negara di serata dunia, sepertinya ramai yang tertancap dengan ketampanan angkatan tentera dari Korea digelar ‘Black Eagles’.
View this post on Instagram
Antara dari pasukan itu yang menarik perhatian ramai ialah Kim Young-kwang iaitu komentator yang bertugas di acara itu. Ini kerana ucapannya di dalam bahasa Melayu di Instagram nyata mencairkan hati wanita di Malaysia,
Tipulah kalau saya mengatakan tidak ada perasaan gemuruh atau risau. Namun dengan bantuan dari rakyat Malaysia yang sangat baik hati serta sokongan dari semua pihak yang terlibat, saya berjaya melaksankan tugas ini dengan cemerlang.
Komen netizen,
Bahasa Melayu macam bukan ‘Google Translate’.
Risau kahwin dengan orang Malaysia je nanti.
Dia punya kapsyen dalam bahasa Melayu memang A+.
Korang tak payah belajar bahasa Korea sebab oppa dah pandai cakap bahasa Melayu.
Yang penting effort dia untuk belajar Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu tue memang tabik spring.
Tersentuhnya ayat.
Lain macam ya oppa yang sorang ni..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉