Sedar tak sedar, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa (LIMA) kembali lagi untuk selepas dua tahun.

Sejak beberapa hari ini, pelbagai video melibatkan latihan untuk acara berkenaan telah tular di serata media sosial terutamanya TikTok. Kalau nak tahu, ‘LIMA’23 Langkawi’ ini sudah berlangsung dari 23 hingga 27 Mei ini.
Bukan itu sahaja, terdapat 400 individu terdiri daripada menteri pertahanan, menteri pengangkutan serta ketua-ketua agensi pertahanan dan keselamatan negara yang turut menyertai festival popular berkenaan.
Meskipun disertai pelbagai angkata tentera udara dari negara di serata dunia, sepertinya ramai yang tertancap dengan ketampanan angkatan tentera dari Korea digelar ‘Black Eagles’.
@wan_hazlami Kenapa anda perlu datang LIMA? Ini jawapannya🤭🤭#limalangkawi2023 #oppasaranghaeyoo #blackeagle #acrobaticflight #fypage #korea 🇰🇷 #fypシ゚viral #aviationlife #foryoupage ♬ bunyi asal – T Rex Wan
Komen netizen Malaysia yang terpersona dengan mereka,
Yang first tu macam ala ala Lee Seung-gi.
Macam Adi Putra pulak oppa oppa ni.
Macam kena ulang tengok ‘DOTS’ je..
Pilot handsome.. pesawat canggih..
Kenapa lah aku kahwin awal..
Saya setia dengan suami tapi nak cuci mata je.
Helok helok belaka.
Adoi laa.. lemah semangat den.
Amboiii yang komen pun..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉