Ikuti Kami:

“Rakan Minta Tinggalkan Lee Dain” – Lee Seunggi Luah Perasaan Tentang Khabar Angin Perkahwinan & Isu Lain

“Rakan Minta Tinggalkan Lee Dain” – Lee Seunggi Luah Perasaan Tentang Khabar Angin Perkahwinan & Isu Lain

Sepertinya tiada hari yang tenang buat Lee Seung-gi meskipun baru sahaja berkahwin bari-baru ini.

Kelmarin, lelaki itu telah memuat naik entri panjang di Instagram bagi merungkai pelbagai khabar angin melibatkannya seperti hubungan bersama agensi Hook Entertainment, perkahwinan dengan Lee Da-in dan lain-lain.

Pada tahun lalu, saya menerima pujian ramai setelah menderma 5 bilion won gaji tak dibayar oleh bekas agensi. Ramai yang memberikan saya sokongan dan keberanian lantas aya hidup dengan pujian selama 2 bulan. Namun suasana berubah apabila saya mengumumkan perkahwinan bersama Lee Da-in. Tapi, ianya tidak penting. Derma dan komen baik adalah perkara berbeza kerana saya tak menderma untuk mendapatkan sokongan umum.

lee seunggi lee dain

Jelasnya,

Saya selalu percaya bahawa pendapat umum adalah betul. Jika mereka tak suka sesuatu, pasti ada sebabnya. Tapi kadang kala, ada ketika ianya tidak adil. Contohnya, apabila mereka menerima maklumat salah.

Mengenai satu tajuk berita spesifik, ulas Lee Seung-gi,

Menggelapkan wang 26 bilion won menerusi manipulasi harga saham dan penghasilan berlambak mangsa 300,000. Ini ialah informasi salah. Saya tak tahu bagaimana wartawan dan pemilik YouTube mengambil informasi ini dan ianya adalah tidak berasas. Ibu bapa Lee Da-in juga telah menfailkan aduan di Suruhanjaya Komisen Akhbar melawan lima media yang melaporkan berita ini. Wartawan tersebut tidak dapat membuktikan apa-apa dan suruhanjaya tersebut meminta artikel pembetulan daripada mereka.

Baur-baru ini pula, ada laporan mengatakan Lee Seung-gi menggunakan pengiklanan produk di majlis perkahwinan. Komen Lee Seung-gi,

Dahulu, ada isu berbangkit dalam industri hiburan mengenai tajaan perkahwinan. Kini, saya tahu ramai mengadakan majlis perkahwinan menggunakan perbelanjaan sendiri. Saya juga mahu melayan tetamu dengan makanan baik dan meluahkan rasa terima kasih tanpa tajaan.

lee dain lee seunggi

Pelakon dan pengacara itu juga mengesahkan bahawa dia tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana media untuk mendapatkan pengesahan dan khabarnya, pihak media memilih untuk tidak meminta kenyataan rasmi apabila menulis artikel kontroversi kerana mahu tontonan tinggi. Jelasnya,

Saya ada agensi kini dan mempunyai pengurus yang sudah 10 tahun bekerja bersama. Di masa hadapan, sila hubungi saya sebelum menulis artikel.

Bukan itu sahaja, Lee Seung-gi mendedahkan bahawa Hook Entertainment pernah menggunakan isu ayah Lee Da-in sebagai ‘umpan’ untuk membuatnya tunduk kepada mereka. Kononnya, mereka bekerja keras untuk menghalang berita itu daripada keluar namun sebenarnya, agensi itu merupakan orang pertama yang meminta pihak media untuk menulis artikel menghina keluarga isterinya itu.

Dalam bahagian kedua entrinya, dia memohon maaf kepada peminat yang mungkin terkesan dek lambakan artikel kurang enak mengenai isu bersama mertuanya,

Bahkan ada kenalan rapat yang meminta saya berpisah dan mengatakan, ‘Cuba fikirkan imej awak’. Saya berasa kecewa kerana isteri saya tidak boleh memilih siapa ibu ayahnya.. jadi bagaimana saya mahu berpisah hanya kerana isu orang tuanya?

lee seunggi

Tanbahnya lagi,

Ada perkara yang saya janjikan dengan Lee Da-in sebelum dan selepas perkahwinan kami. ‘Di masa hadapan, mari hidup untuk membalas balik’. Kami akan menjaga tempat yang memerlukan bantuan dan sesiapa yang mahukan pertolongan. Kami akan meneruskan misi ini tanpa mengira komen jahat.

Lee Seung-gi juga mengucapkan terima kasih buat semua yang mengucapkan terima kasih buat semua yang menyambut perkahwinannya. Malah dia mengakui ini kali pertama dia meluahkan emosi sebegini sepanjang 20 tahun aktif sebagai selebriti,

Entri ini mungkin akan menjadi titik pemula kepada pelbagai artikel buruk lagi.

Ulasnya mengenai kekuatan yang datang untuk menulis entri ini,

Daripada awal berita hubungan cinta saya sehingga ke perkahwinan kami, dan kini, lima hari selepas perkahwinan, saya mengalami masa yang sukar kerana berita bercampur antara hinaan dan kejian. Tak cukup dengan itu, komen buruk yang ditinggalkan pada berita palsu membuatkan saya penat.

Penat Lee Seung-gi menanggung..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...