Banyak juga cerita yang timbul selepas Lee Seung-gi dan Lee Da-in selepas melangsungkan pernikahan mereka.
Terbaru, pasangan itu terpalit dengan khabar angin mengatakan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Hal ini kerana para netizen menimbulkan pelbagai spekulasi dek klu seperti Lee Da-in yang memakai gaun kembang bagi menutup perutnya, menyarungkan kasut tanpa tumit selain kata-kata ucapan tahniah oleh Lee Yu-bi dan banyak lagi.
Respon agensinya,
Ianya tak benar. Lee Da-in sedang bekerja keras untuk penggambaran ‘Lovers’ kini.
Pihak Lee Seung-gi juga mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menolak dakwaan tidak berasas itu.
Jangan lah pressure dorang..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉