Ikuti Kami:

“Buat 5 Kali Seminggu” – Ucapan Berbaur Seksual Lee Sunjae Di Perkahwinan Lee Seunggi Jadi Perdebatan

“Buat 5 Kali Seminggu” – Ucapan Berbaur Seksual Lee Sunjae Di Perkahwinan Lee Seunggi Jadi Perdebatan

Meskipun berlangsung meriah namun ada beberapa isu kurang baik yang timbul mengenai perkahwinan Lee Seung-gi dan Lee Da-in.

Berlangsung mewah di Hotel Intercontinental Parnas Seoul, Samseong-dong, Gangnam-gu, Seoul, namun ianya kelihatan ‘murah’ dek ucapan yang dilemparkan oleh pengacara majlis itu iaitu pelakon senior Lee Sun-jae.

Katanya memulakan bicara,

Dia merupakan seorang pelakon yang sentiasa berada dalam ingatan saya selain memiliki masa hadapan yang cerah.

lee dain lee seunggi

Walau bagaimanapun, ucapan itu mula ‘bertukar arah’ apabila Lee Sun-jae silap menyebut nama program “Master In The House” namun hanya disambut ketawa tetamu.

Ucapan yang menerima kritikan ramai ialah apabila pelakon veteran itu memberikan nasihat yang kurang konvensional,

Cinta secara bersungguh-sungguh dan aktif. Buat 5 kali seminggu. Awak tak boleh lakukannya kalau tiada tenaga. Hiduplah secara aktif.

Mendengarkan nasihat yang berbaur seksual itu, Lee Seung-gi hanya mampu berlakon mengelap peluh dan Lee Da-in pula menutup wajahnya dengan bunga.

lee dain lee seunggi

Komen netizen,

Ucapan itu tak sesuai dengan masa kini. Ianya kelihatan murah.

 

Kata-katanya terasa murah..

 

Boleh ke awak berkata-kata seperti itu pada pengantin yang sudah dikenali sejak kecil?

 

Saya faham kalau ianya parti dengan kenalan rapat namun mesti ada tetamu yang tidak mengenali satu sama lain.

Pun begitu, ada juga pendapat yang merasakan bahawa kata-kata Lee Sun-jae itu tidak mempunyai sebarang maksud buruk dan dia hanya mahu pasangan pengantin berkongsi rasa kasih sayang di antara satu sama lain.

Kini, topik itu menjadi bualan hangat di laman komuniti Korea dengan pelbagai pendapat berbeda.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...