Ikuti Kami:

(FOTO) “Mahu Ada Anak Seperti Awak & Saya” – Majlis Perkahwinan Lee Seunggi & Lee Dain Meriah

(FOTO) “Mahu Ada Anak Seperti Awak & Saya” – Majlis Perkahwinan Lee Seunggi & Lee Dain Meriah

Akhirnya termeterai sudah janji sehidup semati antara Lee Seung-gi dan Lee Da-in.

Pada petang ini, kedua mempelai itu selamat melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Hotel Grand Intercontinental Seoul Parnas, Gangnam-gu, Seoul.

Perkahwinan yang berlangsung secara sulit itu diacarakan oleh pelakon Son Ji-chang dan bahagian pertama dihoskan oleh Yoo Jae-suk manakala bahagian kedua pula oleh Lee Soo-geun. Lagu ucapan tahniah pula disempurnakan oleh Lee Juk, Lee Hong-ki F.T. Island dan pengantin Lee Seung-gi sendiri.

lee dain lee seunggi

Lee Seung-gi dan Lee Da-in akhirnya bertukar janji untuk menghabiskan hidup bersama selamanya. Kemudian, pelakon lelaki itu melutut sebelah kaki dan berkata kepada Lee Da-in,

Mahukan awak mengahwini saya? Hidup seumur hidup bersama saya? Kita berdua bercinta sebaiknya, miliki anak seperti saya dan awak, hidup seribu tahun tanpa berasa sakit.

Sepanjang majlis tersebut, pasangan pengantin itu dipenuhi dengan senyuman dan mata mereka tak lekang daripada memandang satu sama lain.

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...