Ada berita gembira buat peminat yang ingin berjumpa dengan penyanyi dan pelakon Rain!
Baru-baru ini, telah diumumkan bahawa Jung Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai Rain, akan membuat persembahan secara langsung di Kuala Lumpur, bagi acara ‘Betadia Night’.
Untuk pengetahuan, ‘Betadia Night’ ialah acara yang dianjurkan oleh syarikat insurans Betadia Malaysia, yang akan berlangsung pada 27 Ogos 2022 ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.
https://twitter.com/msiakpopfans/status/1559767814575390723
Apa yang menariknya, tiket kemasukan untuk acara ini adalah percuma! Peminat yang berumur 18 tahun ke atas hanya perlu mendaftar dan akan berpeluang untuk berjumpa dengan superstar Korea Selatan, Rain!
Selain Rain, artis Malaysia seperti Jess Lee dan Andrew Tan turut akan membuat persembahan di situ.
Segala informasi berkaitan acara ‘Betadia Night’ boleh dilihat di SINI!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.