Siapa yang tengah seronok layan drama “Crash Course In Romance” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “Crash Course In Romance” membawa kisah pahit manis hubungan antara pemilik kedai lauk yang tanpa sengaja menyertai perang peperiksaan kemasukan kolej Korea dan seorang pengajar matematik popular.
Terbaru pada 5 Februari, pasukan produksi drama berkenaan telah berkongsi,
Kami akan menamatkan penggambaran hari ini.
Selain itu, pasukan produksi dan pelakon “Crash Course In Romance” akan mengadakan parti di luar selepas selesai sesi penggambaran.
Dalam pada itu, “Crash Course In Romance” telah berjaya meraih rating tinggi pada episod baru-baru ini, mencecah 12%.
Tahniah!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉