Ikuti Kami:

Raih Ramai Penonton Sejak Episod Pertama, Rating ‘Welcome To Samdalri’ Melambung Tinggi

Raih Ramai Penonton Sejak Episod Pertama, Rating ‘Welcome To Samdalri’ Melambung Tinggi

Dari mula tayang sehingga kini, episod terbaru “Welcome To Samdalri” sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat K-Drama.

Untuk pengetahuan, ini merupakan drama komedi romantik di mana, Jo Yong-pil (Ji Chang-wook) dan Cho Sam-dal (Shin Hye-sun) memainkan watak kawan zaman kanak-kanak yang membesar bersama di daerah Samdalri di Pulau Jeju.

Selepas berpisah dan berjauhan, mereka bersatu semula di kampung halaman dan memulakan percintaan.

Drama percintaan ini mencapai rating tertinggi dalam tempoh tayangannya sehingga kini. Menurut Nielsen Korea, episod terbarunya (episod 12) mendapat penilaian purata seluruh negara sebanyak 9.8%, menandakan rekod peribadi baharu untuk rancangan itu.

Tambahan, lakonan yang ditunjukkan oleh dua pelakon utama, Ji Chang-wook dan Shin Hye-sun berjaya menarik perhatian penonton kerana gandingan serasi mereka.

Tahniah kepada semua kru dan pelakon yang terlibat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...