Walaupun hanya menangkap cerita fiksyen, kadang kala terdapat sesetengah babak dalam K-Drama yang tidak elok dipertontonkan untuk semua.
Seperti “Welcome To Samdalri”, rata-rata penonton turut meluahkan rasa kesal apabila melihat satu babak ini yang kerap kali diulang dalam setiap episodnya. Bagi yang menonton, pastinya tahu bahawa ketiga-tiga adik-beradik lakonan Shin Hye-sun, Kang Mi-na dan Shin Dong-mi sering berkumpul untuk menceritakan masalah mereka.
Pun begitu, kebanyakan penonton merasakan bahawa tindakan mereka perlu minum arak berlebihan ketika babak itu. Malah pastinya akan ada adegan botol dan tin minuman beralkohol itu bergelimpangan di kawasan rumah mereka dan kedai serbaneka.
Komen yang lain,
Saya dah biasa tengok orang minum arak dalam K-Drama tapi melampau betul dalam ‘Welcome To Samdalri’.
Depan budak pun dorang minum.
Saya tak faham kenapa penulis perlu selitkan babak sebegini.
Ini masalah ‘alkohol’, tapi mereka cakap ianya hanyalah tabiat.
Drama dan pelakonnya best tapi babak ini..
Korang setuju tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.