Ikuti Kami:

Shin Hyesun & Ji Changwook Dilamar Bergandingan Dalam Drama Romantik ‘Welcome To Samdalri’

Shin Hyesun & Ji Changwook Dilamar Bergandingan Dalam Drama Romantik ‘Welcome To Samdalri’

Pasangan yang tak dijangka, khabarnya Shin Hye-sun dan Ji Chang-wook akan bertemu satu sama lain dalam sebuah drama baru.

Terbaru, kedua mereka ditebak bakal menerajui drama JTBC bertajuk “Welcome To Samdalri” di mana ia membawa kisah Sam-dal yang bersilih ganti bercinta bagi mencari pasangan seumur hidup namun pulang ke kampung selepas berpisah dengan teman lelakinya.

Respon agensi Shin Hye-sun,

Memang benar Shin Hye-sun menerima tawaran untuk menjadi heroin drama terbaru JTBC ‘Welcome To Samdalri’ tapi tiada apa yang ditentukan lagi.

shin hyesun

Ulas agensi pelakon lelaki tersebut pula,

Memang benar Ji Chang-wook menerima tawaran untuk muncul dalam drama baharu ‘Welcome to Samdali’. Kami sedang meneliti butiran dan menyemak penampilan secara positif.

Ji Chang-wook dikhabarkan akan membawa watak Cho Yong-pil iaitu seorang staf yang nakal di Jabatan Meteorologi Mado.

Dalam pada itu, drama yang diarahkan pengarah “When The Camellia Blooms” ini masih belum menetapkan lagi tarikh tayangan spesifiknya.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...