Meskipun sudah berusia 40-an kini, Lee Hyo-ri masih kekal cantik jelita!

Terbaru, Lee Hyo-ri telah menjadi wajah muka depan untuk majalah Elle Korea keluaran Disember, memaparkan kecantikannya yang tidak dimakan usia.
Dalam beberapa foto yang dikongsi, penyanyi itu penuh berkarisma dengan memakai pakaian musim terbaru dari jenama mewah Burberry.
View this post on Instagram
Menarik perhatian, menerusi salah satu muka depan untuk majalah tersebut, Lee Hyo-ri dilihat tidak memakai baju dan hanya menutup sebahagian dadanya dengan sesuatu benda.
Meninjau di ruangan komen, peminat memuji,
Dia memang seorang yang legend. Seorang super star yang sebenar.
Kecantikan abadi 😍
Cantik sangat!!
Fuh, memang hot sangat Lee Hyo-ri!