Sukanya tengok pasangan bahagia Lee Hyo-ri bersama suaminya Lee Sang-soon.
Baru-baru ini, Lee Hyo-ri telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Tak Jae-hoon “No Back Tak”, menceritakan tentang kehidupan perkahwinannya bersama Lee Sang-soon.
Dalam rancangan itu, Tak Jae-hoon bertanya bilakah kali terakhir Lee Hyo-ri melakukan ciuman terakhirnya. Jawab wanita itu,
Saya rasa sudah setahun yang lalu.
Selepas melihat reaksi terkejut pengacara apabila mendengar respon tersebut, Lee Hyo-ri meneruskan lagi,
Kenapa kenapa? Adakah pasangan perlu bercium? Boleh sahaja untuk tidak bercium dan terus melakukannya kan? Hanya terus ke matlamatnya.
Semoga pasangan ini terus berbahagia!